Persiapan Suami Isteri Menjelang Perkahwinan

01:37 0 Comments A+ a-


Gambar sekadar hiasan


Bagi seorang wanita mahupun lelaki alam perkahwinan adalah sangat penting.  Untuk wanita mengandung dan melahirkan sangat mengujakan dan melengkapkan putaran kehidupan mereka. Bagi lelaki ia juga penting bagi mencari nafkah untukkeluarga. Semua itu penting bagi mengalas tugas dan tanggjawab masing-masing.


Antara persiapan yang perlu wanita dan lelaki sediakan sebelum mereka mendirikan rumahtangga?

1. Memastikan mengambil nutrien yang tepat untuk keperluan fizikal tubuh.
2. Membuat penyelidikan sendiri melalui pembacaan dan rujukan pakar.
3. Menghadiri kaunseling berkaitan komunikasi perhubungan dan tautan kasih sayang        antara suami isteri.
4. Membanyakkan makanan berunsur kerohanian.


Lelaki juga perlu mengutamakan kesihatan.




LELAKI

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada penurunan bilangan sperma seperti faktor luaran, gaya hidup, dan perubatan. Salah satu antaranya :    

1. Pengambilan dadah seperti cocaine dan marijuana
2. Alkohol
3.  Penggunaan computer riba di atas riba dalam jangka masa yang panjang
4. Duduk terlalu lama, seperti memandu dengan jarak jauh, atau berbasikal terlalu lama
5. Merokok
6. Tekanan
7. Obesity





Keadaan sperma seorang lelaki



WANITA

Ibu yang sihat akan melahirkan bayi yang sihat. Sudah tentu juga ibu yang sihat akan membawa kebahagiaan kepada suami dan keluarga. Bakal ibu perlu membekalan diri mereka dengan bantuan suplemen agar zuriat mereka memperoleh zat sedari dalam perut ibu lagi. Selain dari suplemen untuk nutrisi, para bakal ibu disarankan mengambil sumber makanan yang bertenaga agar fizikal diri tampak segar dan ceria menjelang hari perkahwinan. Makanan yang disyorkan mestilah mengikut panduan pyramid dan seimbang kandungan karbohidrat, mineral, vitamin, serat dan lemak. Makanan seperti daging kambing, susu, sayur-sayuran dan buah-buahan sangat- sangat membantu menguatkan sistem imunisasi wanita dan memang diperlukan sel. Pelaburan dalam pemakanan yang betul akan mengurangkan kos perubatan dan hasilnya ibu jarang jatuh sakit.Mengamalkan pemakanan sunnah Nutrien seperti asid folik, kalsium, vitamin, mineral dan fibersangat-sangat diperlukan untuk memberi tubuh badan persediaan berzat sebelum si ibu berkahwin dan mengandung.



Kitaran haid yang tidak teratur mengganggu kesuburan wanita


Bakal ibu sangat perlu mencari bahan bacaan berkaitan kesihatan dan perubahan diri selepas bertukar status menjadi isteri dan ibu. Selain melakukan persediaan untuk hari perkahwinan, tumpuan mencari ilmu kenalah seiring kerana mereka bakal menjadi tunjang untuk keperluan pemakanan sekeluarga kelak. Di zaman maklumat di hujung jari, banyak carian ilmu yang bermanfaat yang boleh digunapakai dan sangat membantu mereka. Jika perlu, bakal pengantin juga boleh menyediakan diri untuk menghadiri sesi kaunseling supaya dapat mencipta pelan perkahwinan dan perhubungan yang diimpikan. Bagi pengalaman pertama, membaca dan membuat rujukan barangkali tidak mencukupi. Carilah pakar perkahwinan dan perhubungan supaya tiada blok menghalang komunikasi antara pasangan dan amat mudah untuk menghasilkan perkahwinan yang bahagia jika matlamat perhubungan dan perkahwinan amat jelas dan selari antara pasangan.



Makanan kerohanian tidak dilupakan. Antaranya ialah memperbaiki kualiti ibadat, membanyakkan doa dan zikir, bersabar dan mengawal emosi serta menambah ilmu keagamaan. Sesuai dengan peredaran masa, faktor keruntuhan rumahtangga sangat berleluasa dan jika dibiarkan, institusi perkahwinan itu runtuh jua. Benteng pertahanan pasangan hanyalah iman dan ilmu. Jangan abaikan keperluan menimba ilmu kerohanian kerana menjadi pemimpin keluarga atau bergelar ibu amat mencabar jika ilmu dan iman kosong di hati. Mencari ilmu tiada hentinya selagi bernafas.



Persediaan fizikal berupa pemakanan sunnah sangat digalakkan. Amalkan makanan semulajadi seperti madu, habatussauda, kurma, kismis, air zamzam, bijirin dan kekacang yang terbukti dapat membekalkan zat tertentu ke dalam tubuh dan minda seseorang ibu. Amalan pemakanan sunnah berkesan membentuk jiwa dan minda yang kuat dan sentiasa berpaksikan Yang Maha Esa.











       Set kesuburan untuk wanita dan lelaki.


Terdapat vitamin untuk membantu mengatasi masalah kesuburan wanita dan lelaki. Ia bergantung pada masalah yang dihadapi. Setiap set berperanan untuk selesaikan masalah kesuburan. Jangan malu dan segan untuk mengadu masalah yang dihadapi sebaliknya perlu diatasi. Pengalaman seorang ibu dan bapa adalah detik yang bermakna di dalam hidup. Merekalah pencen kubur kita kelak.





Boleh hubungi saya untuk mendapatkan harga menarik tentang Shaklee dan konsultasi
Email:mummyakil@gmail.com
Call/SMS/Whatapp: 0167257987
Instagram: shakleebysyikin
Facebook: Mama Cantik Papa Ohsem